
Mesin Rebus/ Celur Ayam/ Chicken Boiler/ Poultry Scalding Machine Automatik (MT-CS01) digunakan untuk mempercepat dan memudahkan dalam proses merebus ayam yang telah disembelih. Hasil rebusan ayam sangat memuaskan dan mudah dalam pemprosesan daging ayam segar.
Dilengkapi dengan fungsi suhu terkawal supaya bulu ayam dapat dicabut dengan lebih sempurna semasa proses mencabut bulu kemudiannya menggunakan Mesin Cabut Bulu Ayam. Mesin ini menggunakan sistem kawalan suhu automatik dengan julat suhu 0°C – 80°C. Tempoh untuk merebus ayam adalah selama 20 saat. Mesin ini diperbuat daripada keluli tahan karat untuk sistem tangki air panas demi ketahanan dan kekuatan yang lebih lama. Sistem pemanasan mesin ini menggunakan gas
MODEL: MT-CS01A
POWER 1500W x 230V
CAPACITY 20 BIRDS
DIMENSION 30'' x 40'' x 68'' (76.2 x 101.6 x 172.7cm)
TEMP. RANGE 0 ~ 80 CELCIUS
Mataf Industries merupakan syarikat milik penuh Bumiputera yang membekalkan Mesin Proses Ayam yang beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Syarikat turut menawarkan jaminan selama 3 bulan bagi setiap mesin, dan hampir kesemua mesin kami merupakan buatan Malaysia. Harga mesin proses ayam yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu-milik oleh para pengusaha ayam segar. Mesin-mesin seperti mesin cabut bulu ayam, mesin celur ayam, mesin potong ayam dan mesin perap ayam juga ditawarkan dengan harga berpatutan.
MATAF INDUSTRIES
179-G & 180-G, Jalan Lavender Heights 5, Lavender Heights Business Square, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Isnin-Jumaat: 9:00 Pagi - 6:00 Petang
Sabtu: 9:00 Pagi - 2:00 Petang
Layari: Facebook: https://www.facebook.com/mataf.my
Website: http://www.mataf.my
Youtube: https://www.youtube.com/channel/uca-BT3AbRZoBGeUG2A6uoJA/