
Mesin Spinner Untuk Buang Minyak Bagi Menjadikan Produk Makanan Lebih Tahan Lama dan Tidak Berbau Tengik
Mesin spinner berfungsi untuk membuang atau menapis minyak selepas siap menggoreng aneka kerepek serta kuih tradisional seperti kuih siput, kuih tiram, kerepek bayam brazil, kerepek peria kerepek pisang, kerepek tempe, bawang goreng. Mesin ini juga sering digunakan untuk memerah santan (sebagai mesin perah santan dan juga memerag soya (sebagai mesin perah soya) serta dapat mengurangkan minyak yang terdapat pada kerepek dengan cepat dan mudah.
Mesin spinner juga boleh digunakan untuk menapis makanan bergoreng seperti kentang dan ayam goreng.

